Thursday, November 27, 2008

SKIM USAHAWAN KOPEDIK

PROJEK PENANAMAN SERAI CV PEHA AYAM KLON TISU


MUKADIMAH
Konsep Pertanian Baru diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan RMK-9 dilihat sebagai cara perlaksanaan yang paling ideal dalam memungkinkan anjakan paradigma ini. Pendekatan Pertanian Baru yang diwawarkan dalam RMK-9 ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

A.Komersial Berskala Besar
B.Penggunaan Teknologi Moden Yang Lebih Meluas
C.Pengeluaran Yang Berkualiti dan Mempunyai Nilai Ditambah Tinggi
D.Memanfaatkan Sepenuhnya Potensi Bioteknologi
E.Penggabungan Dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
F.Penglibatan Usahawan Tani dan Tenaga Kerja Mahir

Nota:
Petikan Daripada Kertas Kerja Perindustrian Pertanian: Halatuju Strategik Sektor Agro-Makanan Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan Oleh Bahagian Perancangan Strategik Dan Antarabangsa Pada hari Khamis 14hb. September 2006


PENGENALAN

MEMPERKENALKAN SATU PROGRAM BERSEPADU –SKIM & PROJEK - YANG AKAN DILAKSANAKAN SECARA USAHASAMA MELIBATKAN PELBAGAI PIHAK :-

  • PENGURUSAN, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (TEKNOLOGI DAN ICT), PENYERTAAN PENGUSAHA
  • INDUSTRI SOKONGAN,** (PEMBEKALAN BENIH, PEMBAJAAN RUMUSAN, BIO-TEK),
  • INDUSTRI HILIRAN (PEMBORONG, PENGILANG & PENGELUAR UBATAN, dsb)
  • DENGAN KERJASAMA AGENSI KERAJAAN DAN SWASTA, JABATAN & KEMENTERIAN YANG BERKAITAN

OBJEKTIF

MEMPERKENALKAN KAEDAH ALTERNATIF DALAM INDUSTRI PENANAMAN SERAI CV PEHA AYAM CLON TISU.PENANAMAN SERAI CV PEHA AYAM CLON MENGGUNAKAN– SISTEM BIO-TEKNOLOGI DAN ICT – DIMANA HASIL TANAMAN DAPAT DIIKTIRAF SEBAGAI TANAMAN PRAKTIKAL, EKONOMIKAL DAN MUDAH. BOLEH DIJALANKAN SECARA ‘BACKYARD INDUSTRY’ ATAU BERSEBELAHAN RUMAH KEDIAMAN PENGUSAHA.


MERANGKA DAN MERANCANG SATU SKIM PENJANA EKONOMI YANG BERSEPADU MELIBATKAN PELBAGAI AGENSI KERAJAAN YANG TERBABIT DALAM INDUSTRI PERTANIAN DAN PEMBIAYAAN KEWANGAN, PIHAK SWASTA SERTA GOLONGAN PENGUSAHA YANG BERWAWASAN DAN JATI DIRI YANG BERMINAT UNTUK MENEROKA SATU AKTIVITI EKONOMI YANG BAKAL MEWUJUDKAN ‘GELOMBANG BARU’ DALAM INDUSTRI SOKONGAN DAN HILIRAN BERASASKAN PERTANIAN.


SERAI PAHA AYAM (CYMBOPOGON CITRATUS)

Serai ialah sejenis herba yang ditanam secara meluas di tropika dan separa tropika. Serai terdiri daripada beberapa spesis yang berlainan iaitu cymbopogon citratus dan cymbopogon flexuous. Cymbopogon citrates adalah spesis tempatan di Malaysia dan ditanam di seluruh Asia Tenggara kerana ianya merupakan resepi penting dalam kebanyakan masakan. Serai juga ditanam di Guetamala, India, China, Paraguay, England, Sri Lanka, Indocina, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan


INDUSTRI MINYAK ESEN SERAI

Serai boleh diproses dijadikan minyak esen serai atau dikeringkan menjadi serai kering. Hasil hiliran ini memerlukan teknologi yang bersesuaian. Minyak esen serai dikeluarkan melalui proses penyulingan stim daun dan batang serai. Pemprosesan minyak sebaiknya menggunakan teknik yang melibatkan suhu dan tekanan rendah supaya kandungan fotokimia tidak hilang semasa pemprosesan.

Citronella dan minyak serai mempunyai ciri penyegar (aromaterapi ) sementara citral dikenali sebagai agen pengawal pertumbuhan kanser dalam badan manusia.


APLIKASI MINYAK ESEN SERAI

Minyak serai banyak digunakan sebagai perubatan, wangian dalam produk kosmetik seperti sabun dan krim. Citral sintesis ionones digunakan untuk tujuan rawatan kancer serta untuk wangian dalam produk kosmetik.


POTENSI PASARAN MINYAK ESEN

Pada masa ini, tiada pengeluar minyak serai di Malaysia. Industri pembuatan produk mengimport minyak serai dari India, Indonesia dan China. Pedagang tempatan mengimport minyak yang telah disuling dan di adun dari United Kingdom, Perancis dan Itali untuk pembuatan produk-produk penjagaan diri dan produk-produk hiliran lain.

Malaysia mengimport RM 582 juta produk-produk wangian dan kosmetik dan RM 332 juta sabun dan bahan pembersih pada tahun 1998. Produk-produk tersebut secara langsung dan tidak langsung menggunakan minyak pati dalam formulasi produk. Pada tahun 1996 Malaysia mengimport RM 147 juta minyak pati dari Singapura, Indonesia, USA, UK, Jepun dan Hong Kong.

Citral yang diperolehi dari minyak serai digunakan untuk pelbagai kegunaan. Antaranya adalah sebagai perubatan perisa makanan dan minuman, produk penjagaan badan seperti kosmetik, repellent serangga, aromaterapi dan aerosol.


POTENSI MASA DEPAN

Permintaan pasaran dunia wangian dan perisa makanan dianggarkan berjumlah USD 450 juta – USD 500 juta setahun. Permintaan ini bertambah dengan meningkatnya permintaan aromaterapi di negara-negara maju. Pasaran terbesar wangian minyak esen adalah USA, Kanada dan Eropah. Sementara itu, pembekal adalah datangnya dari negara-negara membangun di Asia seperti India, China, Indonesia, Sri Lanka dan Amerika Selatan serta Malaysia.

Kerajaan Malaysia amat menggalakkan pembangunan pertanian dan telah mensasarkan industri asas tani dari sektor pertanian sebagai pertumbuhan ekonomi negara di masa hadapan. Minyak esen serai adalah satu komoditi yang telah dikenalpasti. Pihak kami mensasarkan pasaran global terutama Eropah, USA, Asia Timur dan Asia Tengah melalui teknologi maju dan k-ekonomi. Minyak dari herba dan tanaman lain merupakan unsur yang tidak pupus dan tidak merosakkan sumber biodiversity yang dikawal. Kami telah mengenalpasti minyak serai sebagai komoditi berpotensi bagi merealisasikan hasrat kerajaan Malaysia.

Agensi agensi kerajaan yang secara lansung dan tidak langung terlibat dalam dalam mempromosi industri minyak esen ialah Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Malaysian Herbal Corporation ( MIGHT ) Malaysia Biotechnolgy Corporation, MATRADE dan MARDI.


LANGKAH STRATEGI

Tiga langkah strategik akan dilaksanakan untuk mencapai sasaran-sasaran tersebut:
i) Menggalak pertanian komersil secara perkongsian bersama komuniti tempatan
ii) Pengkhususan tanaman cv paha ayam klon tisu
iii) Memperkenalkan teknologi pertanian bertaraf dunia


KESESUAIAN TANAH
  • Tanah Gambut dan Berpasir
  • Tanah Bukit
  • Tanah Sawah
  • Tanah Yang Tidak Bertakung Air
  • Tidak Sesuai Tanah Yang Mengandungi Sulfur Berlebihan

CARA PENANAMAN

TANAH HENDAKLAH DI BAJAK TERLEBIH DAHULU
HENDAKLAH DITANAM SEDALAM 1 INCI SAHAJA MENGIKUT SUKATAN -\\ //- 1’’

CARA PENJAGAAN

PERINGKAT AWAL PENANAMAN HENDAKLAH DISIRAM AIR
DARI SATU HINGGA SEPULUH HARI, TANAMAN SERAI HENDAKLAH DISIRAM
WAKTU SIRAMAN
7:00-11:00 PAGI
4:30-7:00 PETANG.
PEMBAJAAN
  • 30 HARI PERTAMA DIBAJA UREA B <-5’’->\\ // <-5’’->
  • 30 HARI KEDUA DIBAJA UREA B <-KELILING 360O -> \\ //- 2’’
  • 30 HARI KETIGA DIBAJA PKK0018 + 0012 UNTUK MEMBESAR
  • Merangsang Tumbesaran Tanaman
  • Mencegah Jangkitan Penyakit Akibat Daripada Serangan Serangga
  • Memendekkan Jangkawaktu Tanaman
  • Mengurangkan Nisbah Kematian Anak Benih

TUAIAN
  • 1 BATANG SERAI TANAMAN BOLEH MENGHASILKAN 45-50 BATANG
  • 6 BATANG SERAI TANAMAN BOLEH MENGHASILKAN 300 BATANG HINGGA 320 BATANG
  • 1 EKAR TANAH BOLEH MENGHASILKAN ANTARA 25 TAN HINGGA 35 TAN SERAI MENTAH.
  • TARIKH MATANG TANAMAN 6 BULAN
  • SERAI HENDAKLAH DIIKAT 30 BATANG SEIKAT UNTUK DI EKSPORT


KOS MODAL & HASAL KUTIPAN

Satu ekar bersamaan 3,630 lubang/rumpun
Satu lubang/rumpun boleh menghasilkan antara 300 -350batang serai

HASIL:
1 lubang/rumpun boleh menghasilkan antara 8 kg serai mentah
3630 x 8kg = 29 tan
29 tan x RM 0.70/kg = RM20 300 ( * harga 1 kg = RM 0.70 )

KOS:
Kos benih( RM 3,000 ) + Baja ( RM 700 ) + Bajak ( RM 200 ) + Lain-lain kos(RM 100)
= RM 4,000

KEUNTUNGAN
Hasil - Kos = RM 16 300/ekar /*Sebulan RM 2 716


TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN

Dalam Mana-Mana Sistem Penanaman, Pengurusan Yang Baik Merupakan Asas Kejayaan. Sistem Penanaman Ini DiLengkapkan Dengan Sistem Penjadualan Yang Teratur Bagi Mendapat Hasil Yang Lumayan.


FAKTOR KEROSAKAN DAN KETIDAK SUBURAN

Tanaman Serai Cv Paha Ayam Klon Tisu

  1. Ditenggelami Air Dalam Masa 3 hari
  2. Siraman Air Yang Tidak Mencukupi
  3. Pemilihan Jenis baja Tidak Sesuai Dan Pembajaan Tidak Berjadual
  4. Pengendalian Yang Tidak Teratur
  5. Persekitaran Tanah Yang Tidak Sesuai
  6. Ganguan Haiwan Seperti Lembu, Kerbau Dan Binatang –Binatang Berkeliaran Yang Boleh Merosakan Tanaman

PASARAN

PRODUK SERAI CV PAHA AYAM KLON TISU INI MEMPUNYAI PERMINTAAN TINGGI DARI LUAR NEGARA TERUTAMA NEGARA EROPAH

PRODUK INI DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN INDUSTRI PERUBATAN DAN JUGA KOSMETIK


PERANGKAAN JUMLAH PENANAMAN SERAI

  • Sasaran bagi 2 tahun pertama 3000 ekar
  • Sasaran bagi tahun Ke-3 = 6000 ekar
  • Sasaran untuk tahun Ke-4 = 12 000 ekar

KESIMPULAN
  1. MEMBENTUK SATU KOMUNITI USAHAWAN YANG DIKENALI SEBAGAI USAHAWANTANI
  2. MENYAHUT SERUAN KERAJAAN KE ARAH NEGARA PERTANIAN MODEN
  3. MEMBENTUK SATU KAEDAH ALTERNATIF YANG LEBIH SISTEMATIK UNTUK STATISTIK PENGELUARAN HASIL PERTANIAN NEGARA.
  4. PENDEDAHAN DAN PENGETAHUAN DI DALAM BIDANG PERTANIAN BIO-TEKNOLOGI DAN ICT
  5. KESEIMBANGAN YANG KETARA DARI SEGI SOSIAL, SOSIO EKONOMI DAN POLITIK UNTUK KESEJAHTERAAN
  6. MENINGKATKAN TAHAP PENDAPATAN KOMUNITI LUAR BANDAR

No comments: